fbpx

Virus hilang, jantung anak pula bermasalah – Amyra Rosli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELEPAS seminggu dirawat di hospital akibat jangkitan virus Kawasaki, anak perempuan Amyra dan Amar, Ayra Aryssa dibenarkan pulang semalam.

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli memaklumkan anak keduanya Ayra Aryssa mengalami masalah jantung berikutan kesan virus Kawasaki yang dihadapinya, baru-baru ini.

Begitupun katanya, keadaan tersebut bukan berada pada tahap serius, sebaliknya si kecil yang baru dibenarkan keluar wad semalam boleh sembuh seperti sedia kala.

“Alhamdulillah, Aryssa sudah dibenarkan keluar wad hari ini (semalam). Virus sudah tiada tetapi akibat jangkitan, kini jantung Aryssa ada sedikit air dan saluran darah ke jantung membengkak.

“Tiada apa yang kritikal. Mudah-mudahan Aryssa boleh sembuh sepenuhnya,” kongsi ibu kepada dua cahaya mata itu dalam Instagram.

Menerusi hantaran sama, Amyra turut berkongsi info mengenai penyakit tersebut meliputi tanda jangkitan serta kesan terhadap pesakit.

Menerusi maklumat berkenaan, didapati masalah membabitkan jantung akan berlaku antara 10 sehingga 14 hari selepas jangkitan.

Pada masa sama Amyra turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan puterinya sejak dimasukkan ke hospital 6 April lalu.

Terdahulu, anak kecil tersebut dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara sejak Selasa minggu lalu selepas mengalami demam panas dengan suhu badan tinggi.

Dia turut menyatakan sehari kemudian gejala ruam pula timbul dengan kesan tompokan merah di keseluruhan badan anaknya termasuk pada bahagian telinga.

Aktres berusia 30 tahun itu juga berkongsi gambar wajah Aryssa yang kelihatan membengkak akibat kesan pengambilan steroid.

Penyakit Kawasaki atau dikenali sebagai sindrom nodus limfa adalah keradangan saluran darah (vaskulitis) yang membabitkan kanak-kanak terutama bawah umur lima tahun.

Selain Aryssa, rumah tangga bintang Jangan Menangis Cinta itu dan Amar Baharin yang dibina sejak 2016 turut diserikan kehadiran putera, Aqeef Anaqi Amar, empat tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI