fbpx

UiTM, TikTok kerjasama perkasa agenda pendidikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Roziah (tengah) bersama barisan pengurusan UiTM dan TikTok.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan TikTok Pte. Ltd. (TikTok) memeterai memorandum persefahaman (MOU) bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik menerusi platform media sosial.

MOU itu dimeterai antara Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor dan Pengurus Operasi Strategi TikTok Malaysia, Darren Quek Yi Fong di Canseleri universiti itu, petang tadi.

Menurut Roziah, langkah itu bertepatan dengan aspirasi UiTM bagi meningkatkan kerjasama dengan rakan industri gergasi dalam mempelopori arena pendidikan moden menerusi media sosial.

“Berdasarkan reputasi TikTok yang mempunyai lebih 1 bilion pengguna, kerjasama ini akan membuka banyak ruang memperhebatkan pengajaran dan pembelajaran terutama jarak jauh dan terbuka.

“Ia selaras konsep Education 5.0 @ UiTM dalam menyediakan pendidikan lebih fleksibel dengan peralihan dan trend teknolog terkini,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Jelas Roziah, beberapa projek UiTM–TikTok akan diperkenalkan dalam skop pendidikan jarak jauh dan terbuka selain pendidikan formal sesi kuliah. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI