fbpx

Tulis impian, boleh menang duit raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kempen #Hasratraya di bawah penganjuran syarikat Hegira Sdn. Bhd., pengeluar tudung eksklusif di bawah jenama Siti Khadijah, menawarkan duit raya sehingga RM1,000 kepada pemenang bertuah.

Kempen yang sedang berlangsung sehingga 30 April ini memberi peluang kepada pelanggan menyatakan impian masing-masing atau untuk orang tersa­yang di bulan mulia ini.

Hasrat hati individu yang pa­ling unik dan menarik akan memenangi duit raya sebanyak RM1,000 untuk tempat pertama, RM500 (tangga kedua), manakala RM200 untuk pemenang ketiga.

Mengulas mengenai kempen tersebut, pengasas syarikat itu, Suriyati Daman berkata, untuk menyertai peraduan berkenaan, orang ramai boleh mengisi borang yang disediakan dalam laman webnya.

“Kempen ini bertujuan untuk menghargai para pelanggan sedia ada dan juga yang baharu terhadap kesetiaan mereka selama ini sehingga syarikat berjaya me­nempa nama ke peringkat yang lebih baik,” katanya dalam ­ke­­n­yataan.

Selain itu, mengulas lanjut mengenai Hegira, Suriyati menjelaskan, ia memfokuskan kepada koleksi tudung yang kemas dan praktikal untuk kegunaan harian Muslimah moden.

Menggunakan rangkaian butik Siti Khadijah dan juga platform online, koleksi tudungnya yang eksklusif dan unik telah berjaya memenuhi gaya hidup dan pemakaian anggun Muslimah.

Sambutan yang diterima daripada pelanggan juga begitu menggalakkan.

“Kami mahu menjadikan koleksi Hegira sedekat mungkin dengan kehidupan wanita yang kini semakin mencabar. Oleh itu, kami mahu menawarkan lebih banyak tudung, pakaian dan produk lain untuk memudahkan urusan mereka.

“Kami berharap jenama ini dapat memberi inspirasi kepada ramai wanita memiliki ‘hijrah’ peribadi sendiri,” jelasnya.

Tambah Suriyati, syarikat juga mahu menjadikan jenama tersebut lebih mudah diakses oleh pelanggan dengan membuka lebih banyak lokasi runcit fizikal di seluruh negara mulai tahun ini dan masa depan.

Usaha ini dapat membolehkan syarikat berhubung secara terus dengan pelanggan dengan lebih mudah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI