fbpx

Syukran Malaysia, tanda terima kasih pada Malbatt

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua pegawai wanita Malbatt 850-9 bermesra bersama-sama murid-murid selepas menyampaikan sumbangan alat-alat tulis di Dib'al Public School, Lubnan baru-baru ini.

DIB’AL, Lubnan – Hanya ucapan ‘syukran Malaysia’ dibalas oleh murid-murid Dib’al Public School di sini sebagai tanda terima kasih menerima alat-alat tulis yang disumbangkan Malbatt 850-9.

Sumbangan ini juga merupakan salah satu program kemasyarakatan pasukan pengaman Malaysia sekali gus mengeratkan hubungan baik yang sedia terjalin.

Malbatt 850-9 dalam satu kenyataan memaklumkan, alat-alat tulis ini adalah sumbangan rakyat Malaysia yang telah dikumpulkan di Malbatt Village Port Dickson sejak Jun tahun lalu sebelum dibawa ke sini

Menurut kenyataan itu, Dib’al terletak dalam kawasan tanggungjawab Kompeni Charlie Malbatt 850-9 di bawah seliaan Mejar Khairul Irwan Sulaiman.

“Sumbangan ini telah disempurnakan oleh Komander Malbat 850-9, Kolonel Megat Maz Ardi Nohuddin semasa mengadakan kunjungan ke sana.

“Selain menyampaikan sumbangan, program ini juga mewujudkan ruang bagi warga Malbatt 850-9 untuk berinteraksi bersama masyarakat setempat,” ujar kenyataan itu.

Terdahulu ketibaan Megat Maz Ardi disambut dengan penuh kemesraan oleh Director of Dib’al Public School, Ibrahim Srour.

Ini juga adalah sebahagian daripada usaha Kontinjen Malbatt 850-9 melalui Sel Civil Military Coordination (CIMIC) untuk membantu kanak-kanak tempatan menjalani persekolahan dengan lebih sempurna. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI