fbpx

Saya belum hamil, tak kata apa-apa – Nelydia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pelakon Nelydia Senrose menafikan khabar angin  mengenai kehamilannya seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.

Katanya, dia hanya mampu mengucapkan rasa syukur andai dikurniakan rezeki memperoleh cahaya mata dalam masa terdekat.

“Allah, saya aminkan saja khabar tersebut. Tapi belum ada berita ke arah itu (hamil). Insya-Allah, doakan” katanya yang baru saja menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan dengan suaminya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April lalu.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia itu didakwa sudah berbadan dua.

Desas-desus itu diperkuatkan lagi dengan penampilan terkini aktres tersebut yang kerap berjubah atau berbaju longgar seiring imej berhijab.

Sementara itu, imej baharu yang dijalani sekembali daripada menunaikan umrah Disember tahun lalu, Nelydia mengakui tidak pernah mengesahkan sebarang hitam putih, selain menjelaskan, dia masih dalam fasa belajar bertudung.

Mengulas sama ada akan mengehadkan pembawaan watak tertentu dalam drama berikutan imej berkenaan, Nelydia bertegas, dia masih seperti dahulu yang sentiasa terbuka terhadap perkara baharu.

“Sebenarnya sebelum ini pun saya tak pernah beri apa-apa kenyataan  sebab saya belum bersedia lagi.

“Tapi, sebelum saya bertudung atau sudah bertudung ke, saya sentiasa terbuka untuk sesuatu yang baharu.

“Jadi saya tak letak sebarang had (tawaran lakonan), selagi tidak melanggar atau keterlaluan. Saya mahu terus mencuba,” katanya sewaktu sidang media virtual naskhah lakonan terbaharunya, Khilaf Asmarq.

Drama bersiri yang bakal disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 18 April tersebut menggandingkan, Nelydia bersama Fasha Sandha, Fattah Amin dan Fahrin Ahmad.

Nelydia mengakui teruja dapat mengutip pengalaman bekerja dengan ramai bintang hebat.

Pelakon berusia 27 tahun itu turut mendedahkan semakin bersemangat mencabar lagi kebolehan diri dengan meneroka lebih banyak karakter lakonan.

Selama ini juga dia sengaja menyepi atau terlalu bersikap selektif dalam lakonan.

“Saya tak menyepi, cuma akan dahulukan naskah atau peranan yang belum pernah dijayakan selama ini. Tak semestinya watak antagonis, tapi karakter yang berbeza sikit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI