fbpx

Rundingan damai Rusia-Ukraine temui jalan buntu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putin mendakwa Ukraine melanggar perjanjian awal ketika rundingan di Turki, bulan lalu. - Google

MOSCOW – Presiden Rusia, Vladimir Putin mendedahkan rundingan damai dengan Ukraine kini menemui jalan buntu kerana Kiev didakwa melanggar perjanjian terdahulu, lapor agensi berita United Press International, kelmarin.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Putin ketika beliau menyertai sidang akhbar di bersama Presiden Belarus, Alexander Lukashenko.

Putin menuduh Ukraine melanggar perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua negara semasa rundingan di Istanbul pada Mac, namun beliau enggan memberikan butiran dakwaan berkenaan.

Semasa rundingan damai tersebut, Rusia bersetuju untuk mengurangkan aktiviti ketenteraan di sekitar Kiev dan bandar Chernihiv di utara Ukraine.

Ketika berucap dalam sidang akhbar tersebut, Putin berkata, perang dengan Ukraine tidak dapat dielakkan.

“Tiada pilihan, hanya menunggu masa bila ia akan bermula. Itu sahaja,” kata Putin ringkas.

Beliau selain itu turut mengakui dan membenarkan serangan di timur Ukraine dengan menyatakan bahawa tentera Rusia perlu melindungi pihak pemisah di sana.

Sejak perang bermula pada 24 Februari lalu, Putin menegaskan bahawa tenteranya berada dalam misi menjaga keamanan.

“Apa yang kami lakukan adalah membantu dan menyelamatkan orang ramai dan di sisi lain, kami hanya mengambil langkah untuk memastikan keselamatan Rusia sendiri,” kata Putin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI