fbpx

Rugi RM1 juta premis jual buah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Latif menunjukkan sebahagian buah yang rosak selepas premis miliknya di Jalan Teluk Wang, Sungai Pasir di Sungai Petani terbakar tengah malam tadi

SUNGAI PETANI – Seorang peniaga buah mendakwa mengalami kerugian mencecah RM1 juta selepas premis menjual buah-buahan di Jalan Teluk Wang Besar, Sungai Pasir di sini musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Kejadian kira-kira pukul 12.04 tengah malam itu turut mengakibatkan lima lori satu tan milik peniaga terbabit, Mohd. Latif Osman, 49, terbakar.

Sebuah spa milik anak Mohd. Latif yang terletak bersebelahan turut terbakar hampir 60 peratus.

Menurutnya, dia dimaklumkan tentang kejadian oleh seorang pekerjanya sejurus selepas kejadian.

“Semua bekalan pelbagai jenis buah yang baru dibawa masuk petang Selasa lalu musnah bersama tiga peti sejuk bersaiz besar.

“Kesemua peralatan dan dokumen penting perniagaan yang diusahakan lebih 30 tahun lalu musnah sekelip mata,” katanya di sini hari ini.

Katanya, lima lori yang diletakkan bersebelahan premis juga rosak dalam kejadian dan anggaran kerugian akibat kebakaran ini hampir mencecah RM1 juta,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI