fbpx

Puluhan bangkai naga laut terdampar di pantai Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGA laut berwarna-warni yang besar ditemui di sekitar pantai di Australia. – Facebook/ Betty Ratcliffe

SYDNEY – Berpuluh-puluh bangkai sejenis hidupan laut aneh ditemui terdampar di pantai Australia selepas hujan turun selama beberapa minggu di negara itu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pakar-pakar terkejut dengan penemuan naga laut rumpai itu yang muncul di pinggir-pinggir pantai di negeri New South Wales.

“Jelas sekali ia adalah kesan daripada beberapa kombinasi fenomena termasuk cuaca yang luar biasa, bahan pencemar yang dihanyutkan ke lautan dan kejadian ombak besar,” jelas Profesor Ekologi Marin di Universiti Teknologi Sydney, Dr. David Booth kepada akhbar Sydney Morning Herald.

Beberapa ekor naga laut rumpai ditemui terdampar di pantai Cronulla, Malabar dan Central Coast dengan jumlahnya dianggap 10 kali ganda berbanding biasa.

Spesies berkenaan sering ditemui di perairan Australia, namun adalah sesuatu yang luar biasa bagi haiwan itu untuk sesat begitu jauh dari habitat asal.

Naga laut dewasa dianggarkan hanya berenang sejauh 50 hingga 500 meter dari habitatnya.

“Perkara ini boleh menyebabkan spesies tersebut kehilangan habitat dan mengubah faktor persekitaran,” tambah ketua penyiasat, Dr. Selma Klanten.

Naga laut terkenal dalam kalangan penyelam kerana memiliki warna yang berbeza seperti kuning dan ungu. Pertumbuhannya boleh mencapai sepanjang 45 sentimeter dan kebiasaannya tinggal di antara terumbu karang serta berkait rapat dengan kuda laut.

Ia pernah disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Senarai Merah Spesies Terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) dan sesiapa yang cuba mengutip atau membelanya tanpa permit, adalah didapati melakukan kesalahan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI