fbpx

Pulih apendiks, Uyaina Arshad alami radang rahim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA masih ditahan di wad selepas melakukan pembedahan apendiks kerana disahkan menghidap keradangan pada dinding rahim.

PETALING JAYA – Selepas selesai menjalani pembedahan apendiks beberapa hari lalu, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad yang kini hamil anak sulung sekali lagi diuji selepas doktor memaklumkan dia mengalami keradangan pada dinding rahim.

Uyaina menerusi InstaStory memberitahu, disebabkan masalah tersebut, dia terpaksa ditahan di hospital bagi rawatan lanjut.

Kata Uyaina, dia terpaksa menggunakan ubat tahan sakit atau painkiller bagi mengurangkan rasa sakit yang dialaminya.

“Assalamualaikum semua. Apendiks saya berjaya dikeluarkan. Malangnya, ada keradangan pada dinding rahim dan kini masih berada di hospital.

“Saya terpaksa makan ubat penahan sakit tetapi doktor tak boleh berikan setiap waktu sebab bahaya untuk bayi.

“Buat masa sekarang saya terpaksa menahan dan berjuang melawan rasa sakit. Mohon doakan untuk saya,” tulisnya.

Terdahulu pada Rabu lalu, pelakon drama Love Elsa itu menerusi hantaran dalam Instagram memaklumkan dia baru sahaja selesai pembedahan apendiks selepas mengalami kesakitan teruk pada bahagian bawah perut.

Sebelum ini, sehari sebelum umat Islam berpuasa, Uyaina mengesahkan dia hamil anak sulung dengan usia kandungan memasuki tiga bulan.

Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran yang juga merupakan penyanyi mendirikan rumah tangga pada 20 Disember tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI