fbpx

PGA rampas seluar jean tiruan, mercun stok jualan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah MPV yang membawa seluar jean tiruan dan mercun ditahan di Kampung Serongga, Rantau Panjang semalam FOTO IHSAN PGA

RANTAU PANJANG – Cubaan seorang lelaki yang membawa seluar jean tiruan dan mercun seludup untuk dijual di negara ini gagal apabila Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) menahan kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya di Kampung Serongga di sini semalam.

Serbuan dijalankan pada pukul 4.45 petang sebelum menahan lelaki berusia 30 tahun yang memandu MPV jenis Naza Citra itu semasa melalui sekat pintas PGA di kawasan tersebut.

Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA Superintendan Azhari Nusi berkata, selepas menahan MPV itu, anggota PGA terus membuat pemeriksaan di dalamnya sebelum menjumpai kotak berisi mercun dan bungkusan plastik seluar jean.

Menurutnya, kesemua kotak-kotak mercun dan bungkusan plastik mengandungi seluar jeans tersebut disembunyikan di bahagian tempat duduk belakang dan but MPV itu.

“Siasatan awal mendapati, suspek menerima upah sebanyak RM800 bagi satu trip penghantaran barangan seludup itu.

“Kita tidak menolak kemungkinan barangan yang dibawa itu akan dijual untuk pasaran di sekitar Kota Bharu. Nilai keseluruhan rampasan termasuk MPV itu dianggarkan berjumlah RM69,500,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI