fbpx

Penternak lega harimau dahan masuk perangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Harimau dahan yang membaham seekor anak lembu di Kampung Charuk Sireh, Chepir di Sik berjaya ditangkap pada kelmarin

SIK – Seorang penternak lega apabila seekor harimau dahan yang membaham anak lembu miliknya di kawasan kandang haiwan ternakan itu di Kampung Kampung Charuk Sireh, Chepir di sini pada Isnin lalu berjaya ditangkap kelmarin.

Harimau jantan itu ditangkap menggunakan perangkap oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Menurut Zulhanif Ab. Manaf, 35, kejadian bermula apabila dia menemui bangkai anak lembu tersebut di tepi pagar kandang kira-kira pukul 10.30 pagi, Isnin lalu.

“Pada mulanya saya sangka anak lembu jantan berusia tiga bulan itu dimakan babi tetapi terkejut apabila terdapat kesan tapak kaki harimau di situ.

“Saya kemudian melaporkan kejadian kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI