fbpx

New Jersey benarkan penjualan ganja untuk rekreasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEBIH setahun penduduk New Jersey mengundi agar pihak berkuasa membenarkan penjualan marijuana untuk rekreasi. - AFP

TRENTON, NEW JERSEY – Tujuh syarikat ganja perubatan di Amerika Syarikat (AS) diberi kebenaran untuk menjual produk tersebut secara rekreasi kepada golongan dewasa di negeri New Jersey, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Langkah itu adalah sesuatu yang ‘dinanti-nantikan’ penduduk selepas lebih setahun mereka mengundi agar pihak berkuasa membenarkan penjualan marijuana itu. 

New Jersey menjadi negeri kedua di pantai timur AS yang membenarkan sepenuhnya penjualan bahan itu kepada orang dewasa selepas Massachusetts.

Selama bertahun-tahun, kedai-kedai ubat di New Jersey hanya dibenarkan menjual ganja perubatan kepada individu yang mendapat kebenaran doktor untuk tujuan perubatan.

Namun kini, penjualannya kepada golongan dewasa untuk tujuan keseronokan akan bermula sebaik sahaja setiap tujuh syarikat tersebut membayar lebih AS$1 juta (RM4.23 juta) bagi kos berkaitan dengan pertambahan lesen serta memenuhi syarat birokrasi lain.

Keputusan pada Isnin lalu itu hanya berkuat kuasa kepada tujuh syarikat perubatan sedia ada yang kebanyakannya dikendalikan oleh syarikat ganja berbilang negeri dan antarabangsa.

Dalam pada itu, sebanyak 327 permohonan lesen runcit telah difailkan oleh perusahaan-perusahaan kecil yang ingin menjual ganja untuk tujuan keseronokan sejak 15 Mac lalu. 

Bagaimanapun, keputusan permohonan hanya akan dikeluarkan sebulan lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI