fbpx

Harimau Malaya di landasan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON percaya aksi persahabatan menentang Myanmar dan Hong Kong adalah lawan yang sesuai untuk menguji keupayaan pasukan sebelum mengharungi saingan sebenar nanti.

HARAPAN skuad Harimau Malaya untuk lolos ke pentas Piala Asia 2023 berada di landasan yang tepat selepas diberi tempoh tiga minggu untuk menjalani kem latihan pusat bermula 19 Mei depan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Malah, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) turut mengaturkan dua perlawanan ujian untuk memastikan barisan pemain dapat melakukan persediaan penuh dengan aksi menentang Myanmar pada 27 Mei dan Hong Kong pada 1 Jun depan.

Ketua jurulatih skuad negara, Kim Pan-gon berkata, masa selama tiga minggu sesi latihan diharap dapat memastikan pemain lebih bersedia untuk mengharungi aksi kelayakan Kumpulan E nanti.

“Skuad negara akan mula berkumpul bagi kem latihan pusat menghadapi saingan kelayakan Piala Asia 2023 pada 19 Mei, sejurus selepas berakhirnya saingan Liga Super pada 18 Mei.

“Tempoh tiga minggu kem latihan pusat termasuk perlawanan pemanas badan diharap dapat memberi peluang dan ruang untuk meningkatkan lagi tahap permainan, keserasian serta kombinasi para pemain sebelum aksi kelayakan nanti.

“Saya juga berharap kehadiran penyokong setia Harimau Malaya akan memberikan suntikan semangat untuk pasukan kita memandangkan semua perlawanan nanti akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, pengendali import dari Korea Selatan itu turut percaya, Myanmar dan Hong Kong adalah lawan yang sesuai untuk menguji keupayaan pasukan sebelum mengharungi sai­ngan sebenar nanti.

“Dua pasukan ini dilihat sebagai lawan yang bersesuaian untuk skuad Harimau Malaya mempersiapkan diri selepas Myanmar berada di ranking ke-152 dunia manakala Hong Kong (147) akan berada di Kuala Lumpur sebelum mengharungi saingan kelayakan masing-masing,” katanya.

Skuad negara dijadualkan bertemu bertemu Turkmenistan pada 8 Jun, Bahrain pada 11 Jun dan Bangladesh pada 14 Jun untuk saingan Kumpulan E nanti.

Juara dan lima naib juara terbaik peringkat kumpulan akan layak secara automatik pada kejohanan bola sepak berprestij yang akan dilangsungkan di China tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI