fbpx

Langgar perjanjian, Ben Amir bayar RM100,000 kepada syarikat produksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ben Amir ketika hadir di Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini

KUALA LUMPUR – Isu kes saman berhubung pelanggaran perjanjian antara pelakon Ben Amir dengan sebuah syarikat produksi yang tercetus sejak tahun lalu, akhirnya diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil di sini hari ini.

Persetujuan tersebut dicapai oleh kedua-dua belah pihak selepas Ben Amir atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 32, selaku defendan bersetuju untuk membayar RM100,000 kepada syarikat produksi Elisa Vision Sdn. Bhd. (plaintif).

Sehubungan itu, Hakim Tasnim Abu Bakar kemudian merekodkan perintah persetujuan kedua-dua belah pihak dalam prosiding kes hari ini.

Sepatutnya hari ini, adalah bicara hari pertama kes saman itu namun kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes.

Dalam persetujuan itu, Ben Amir akan membayar RM100,000 kepada plaintif dengan lima kali bayaran secara ansurans sebanyak RM20,000 bermula 10 Mei ini sehingga penyelesaian penuh RM100,000 selesai.

“Jika defendan (Ben Amir) gagal membayar RM100,000, defendan perlu menbayar jumlah asal yang dituntut oleh plaintif (Elisa Vision) sebanyak RM211,477. Mahkamah juga merekodkan defendan menarik balik pernyataan tuntutan balas yang dikemukakan terhadap plaintif,” kata hakim itu.

Sementara itu Ben Amir ketika ditemui diluar selepas prosiding kes enggan ditemui pihak media dan hanya berkata “selesai secara baik”.

Dalam pada itu, penerbit Elisa Vision Sdn. Bhd, Datin Mahfuzah Zakkiah Abdain ketika ditemui bersyukur apabila isu kes pelanggaran kontrak membabitkan pelakon Ben Amir dengan produksinya dapat diselesaikan secara baik di Mahkamah Sesyen Sivil, di sini.

“Alhamdulillah, saya bersyukur isu ini dapat diselesaikan secara baik. Saya pun sudah memaafkan dia di atas apa yang berlaku. Pada saya, ini berkat Ramadan. Dia pun orang yang baik dan saya tiada masalah dengannya kerana semua sudah selesai,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI