fbpx

JLL bantu usahawan wanita perkukuh rangkaian, akses pasaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nora (tujuh dari kiri) pada sesi perbincangan JLL untuk suku pertama di Suke TV, Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Johor Lady Loft (JLL) memiliki keunikan tersendiri untuk membantu kumpulan sasaran khusus bagi usahawan wanita membangunkan perniagaan masing-ma­sing berdepan dengan persekitaran ekonomi yang semakin mencabar.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Nora Rahmat berkata, berbeza daripada trend semasa usahawan mengikuti kelas mentor dan business coaching, JLL lebih fokus kepada konsep tersendiri mendekati ahli melalui cara lebih holistik bertujuan untuk membantu usahawan menjadi lebih berdaya saing, berani dan berdikari dalam bidang perniagaan ini.

Lebih menarik, ia juga memberi peluang kepada ah­linya menyumbang kepada masyarakat yang memerlukan melalui badan bukan kerajaan (NGO), yang mana lima peratus daripada hasil pendapatan didermakan kepada tujuan ber­kenaan.

Nora yang berpengalaman tinggal dan bekerja di Eropah selama 20 tahun itu mahu menjadikan JLL sebagai platform untuk membina rangkaian de­ngan usahawan dari luar negara bagi membantu wanita me­nembusi pasaran global.

“Ahli JLL juga terdiri daripada usahawan ­pe­lbagai kaum dan juga dari luar negara.

“Jadi platform ini tidak tertumpu di pasaran domestik, malah mereka mampu berinteraksi dengan pelabur luar melalui pertemuan secara maya yang diadakan.

“Seiring pembukaan sempadan, hubungan dagangan antara usahawan tempatan dengan masyarakat niaga di luar negara akan menjadi lebih mudah dan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sesi perbincangan untuk tempoh suku pertama di Suke TV Production House, Jalan Pudu di sini baru-baru ini.

Nora menjelaskan, JLL me­rupakan sebuah perniagaan sosial yang mula beroperasi sejak tiga tahun lalu dan baru me­lancarkan keahliannya secara rasmi pada awal tahun ini.

Menurut beliau, JLL kini mempunyai seramai 50 ahli, tetapi hubungannya secara langsung dengan entiti perniagaan lain bagi menjalankan aktiviti dan kerjasama strategik membolehkannya memiliki lebih daripada 1,000 ahli.

“JLL bukan tertumpu kepada usahawan wanita di Johor sahaja, tetapi ia terbuka kepada wanita bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

“Ia juga tidak memfokuskan kepada perniagaan bersaiz besar, perusahaan kecil dan sederhana, tetapi juga usahawan dari segmen mikro.

“Kebanyakan usahawan wanita masa kini ramai yang terlibat de­ngan produk kecantikan sahaja.
“Bagi keah­lian JLL, ia meluas kepada segmen perkhidmatan, bidang makanan dan minuman, malahan juga profesio­nal,” jelas Nora. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI