fbpx

Henti rawatan anak OKU sebab tak mampu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shahrizal memberi susu kepada Nurmyra Mykaela sambil diperhatikan isterinya, Nor Haszalita di rumah mereka di Kampung Bukit Ara, Ajil, Hulu Terengganu, semalam.

HULU TERENGGANU – Kehidupan seorang pengait buah kelapa sawit terus diuji apabila isteri yang menjadi tulang belakang­nya selama ini tiba-tiba diserang pe­nyakit misteri lapan bulan lalu.

Mohd. Shahrizal Mamat, 34, berkata, tubuh isterinya, Nor Haszalita Mohd. Hashim, 35, tiba-tiba menjadi lemah hingga sukar berdiri dan berjalan sejak September tahun lalu.

Menurutnya, pemeriksaan di hospital gagal menemui apa-apa penyakit sebelum dia membawa isteri berubat secara tradisional.

“Masalah kesihatan isteri menyebabkan saya terpaksa mengambil alih tugas rumah tangga termasuk menjaga anak bongsu, Nurmyra Mykaela, 8, yang menderita penyakit celebral palsy sejak lahir.

“Nurmyra Mykaela perlu dipantau sentiasa kerana berisiko diserang sawan menyebabkan saya tidak boleh fokus terhadap kerja sebagai pengait kelapa sawit untuk mencari pendapatan,” katanya di sini semalam.

Tambahnya, komitmen menjaga anak dan isteri yang sakit serta menguruskan persekolahan dua anak perempuan lain berusia 13 dan 15 tahun menyebabkan pendapatannya terjejas.

Tambahnya, purata perbelanjaan bulanan membeli susu, makanan bijirin dan lampin pakai buang buat anak serta kos perubatan isterinya sangat besar dan di luar kemampuannya.

“Pernah beberapa kali saya terpaksa membeli lampin pakai buang menggunakan baki duit syiling yang masih tersisa.

“Susu khas untuk Nurmyra Mykaela terpaksa ditukar kepada susu formula biasa selain menghentikan rawatan susulannya di hospital ekoran kekangan kewangan,” katanya.

Mohd. Shahrizal berkata, sepanjang Ramadan, mereka sekeluarga kerap bersahur dan berbuka puasa dengan lauk te­lur sahaja.

Orang ramai yang bersimpati boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Nor Haszalita bernombor 11500-41-00007902-8 (BSN) atau meng­hubungi Mohd. Shahrizal di talian 0137089377.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI