fbpx

Ezad Lazim kesal enam tahun jadi hamba najis dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EZAD LAZIM

PETALING JAYA – Tiada manusia di muka dunia ini yang terlepas daripada melakukan khilaf dan begitulah juga yang berlaku kepada vokalis kumpulan Exists, Ezad Lazim.

Dedah pemilik nama lengkap, Mohd. Rohaizad Mohd. Lazim itu, pernah terjerumus dalam najis dadah selama enam tahun, perkara tersebut merupakan penyesalan terbesar dalam hidupnya.

“Saya tak pernah menyesal jadi artis dan pilihan itulah yang telah memanusiakan saya. Saya pernah berada dalam fasa hidup salah percaturan dan disebabkan silap sendiri, saya pernah selama enam tahun menjadi hamba najis dadah.

“Itulah satu penyesalan terbesar yang saya harap tak pernah terjadi dalam kehidupan saya sebagai seorang manusia,” katanya.

Ujar pelantun lagu lagu Demi Cinta itu lagi, disebabkan terlibat dengan najis dadah ketika itu, dirinya hampir berputus asa untuk mendepani kehidupan.

“Saya mengalami zaman kejatuhan dan kegelapan ketika itu hingga saya pernah putus asa dalam hidup. Dadah hampir membuatkan kehidupan dan kerjaya saya musnah.

“Sungguhpun begitu, berkat sokongan orang tersayang dan para peminat yang sentiasa memberikan semangat memberikan saya inspirasi dan motivasi untuk menjadi manusia yang lebih baik dari semasa ke sesama,” katanya.

Dalam pada itu, Ezad 43, merakamkan ucapan terima kasih buat individu yang sangat berjasa dalam hidupnya iaitu isteri tersayang, Nor Azeana Ramli.

“Saya beruntung kerana isteri tercinta, Nor Azeana Ramli yang dinikahi sejak 2013 menjadi nadi dan tulang belakang. Isteri jugalah yang menjadi pengurus saya.

“Alhamdulillah saya masih berdiri di sini memberi dan berkongsi karya seni buat mereka yang setia menyokong.

“Secara peribadi, apa yang dapat sekarang ini sudah cukup terbaik untuk saya dan keluarga. Diberi kesihatan yang baik dan masih lagi dapat berkarya sudah cukup memadai buat saya,” jelasnya lagi.

Terdahulu pada 2014, Mahkamah Majistret Selayang mengenakan denda kepada Ezad sebanyak RM3,500 dan berada di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun selepas penyanyi itu mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah jenis syabu seberat 0.30 gram. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI