fbpx

Eyra Hazali cemas bayi dalam perut tak bergerak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
EYRA dimasukkan ke hospital semalam selama beberapa jam kerana bayi dalam kandungannya tidak bergerak.

PETALING JAYA – Pelakon Eyra Hazali berdepan detik cemas apabila bayi kedua dalam kandungannya tidak bergerak dan memberikan sebarang respons.

Eyra menerusi InstaStory berkata, dia juga terpaksa ditahan di hospital beberapa jam untuk diberikan rawatan susulan kejadian tersebut sebelum dibenarkan pulang semalam.

“Alhamdulillah, saya dah discharge (keluar wad). Pergi hospital sebab bayi tak respons langsung walaupun dah cucuk-cucuk perut dan kawasan ari-ari rasa sakit sangat.

“Tapi alhamdulillah, bayi okey. Cuma bayi sekarang besar dua minggu dan saya ada kontraksi sikit tadi.

“Dah cucuk dexa (dexamethasone), harap-harap bayi tunggu lama sikit baru keluar. Terima kasih atas doa-doa semua dan teruskan doa ya untuk ibu dan bayi,” tulisnya.

Terdahulu, pada Januari lalu, Eyra membuat pengumuman mengenai kehamilan keduanya menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram.

Eyra dan Haziq Nadzli yang merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Hayder Qhalish Muhammad Haziq yang kini berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI