fbpx

Dos penggalak kedua bagi golongan berisiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Individu berusia 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi serta mereka yang mempunyai masalah imunisasi berusia 12 tahun dan ke atas kini boleh mendapatkan dos penggalak kedua dan dos penggalak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, syor ini juga termasuk golongan warga emas yang berada di bawah fasiliti penjagaan jangka panjang.

“Bagi individu yang berusia 60 tahun dan ke atas yang sihat dan tidak mempunyai komorbiditi berisiko tinggi, mereka perlu berbincang dengan pengamal perubatan bagi mengesyorkan pengambilan dos penggalak kedua berdasarkan pertimbangan mereka.

“Keputusan ini dibuat selepas Panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) meneliti kajian santifik serta kajian kohort Malaysia yang menunjukkan bahawa individu berusia 60 tahun dan ke atas dengan komorbiditi seperti penyakit paru-paru, penyakit jantung dan penyakit buah pinggang berisiko tinggi untuk mendapat gejala serius dan kematian,” jelasnya.

Namun begitu, jelas Khairy, pelaksanaan syor terbaharu ini tidak akan menjejaskan status vaksinasi lengkap individu berisiko tinggi yang tidak mengambil dos penggalak kedua tersebut.

KKM kini katanya, sedang mengemas kini Garis Panduan Klinikal yang akan memperincikan perlaksanaan tersebut dan telah menerima permohonan bagi individu yang ingin ke luar negara untuk mendapatkan dos penggalak kedua bagi memenuhi keperluan ke luar negara.

“Sebagai contoh, terdapat sesetengah negara di Eropah yang tidak mengiktiraf vaksin Sinovac dan Sinopharm sebagai dos primer dan dos penggalak.

“Justeru, individu yang ingin ke luar negara boleh diberikan dos penggalak kedua selepas selang masa sekurang-kurangnya sebulan daripada dos penggalak pertama bagi memenuhi keperluan ke luar negara,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI