fbpx

Covid-19: Sekolah Menengah Sains Rembau ditutup seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekolah Menengah Sains Rembau (SEMESRA), di sini, diarahkan tutup selama seminggu susulan terdapat penularan kes Covid-19. NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Sekolah Menengah Sains Rembau (Semesra) diarahkan ditutup selama seminggu susulan terdapat penularan kes Covid-19.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S. Veerapan berkata, sekolah berkenaan ditutup bermula dari 11 April lalu hingga 18 April ini bagi tujuan sanitasi.

Menurutnya, kes dikesan melalui saringan bergejala oleh pihak sekolah ke atas pelajar melalui ujian RTK-Ag secara kendiri.

“Susulan pengesanan tersebut satu kluster baharu telah tercetus dan diumumkan semalam iaitu Kluster Jalan Pilin.

“Setakat data semalam, seramai 60 pelajar iaitu 38 lelaki dan 22 perempuan disahkan positif Covid-19 melibatkan pelajar tingkatan dua hingga lima,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI