fbpx

Sindiket judi dalam talian tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
3 individu yang ditahan dalam serbuan di sebuah kondominium di Desa Petaling di sini semalam.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki dan seorang wanita warga tempatan yang disyaki terlibat dengan sindiket perjudian dalam talian diberkas di sebuah kondominium di Desa Petaling di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak berkata, kesemua yang ditahan pada pukul 5.45 petang itu berusia dalam lingkungan 18 hingga 22 tahun.

“Kita turut merampas dua unit komputer riba pelbagai jenama, satu unit monitor komputer, tiga telefon bimbit dan satu unit modem yang digunakan dalam kegiatan tersebut.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Rumah Judi Terbuka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mahidisham turut menasihatkan orang ramai sekiranya mempunyai sebarang maklumat jenayah atau aktiviti yang mencurigakan boleh menghubungi Hotline Polis Luala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585.

“Orang ramai juga boleh menghubungi CCID Seam Response Center di talian 03-26101559/1599, WhatsApp CCID Infoline di talian 013-2111 222, semakmule.rmp.gov.my atau mana-mana balai polis yang berdekatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI