fbpx

Setiap inci diri Tok Ram saya tak gemar – Alyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYAH nengakui tidak pernah ada walaupun seinci perasaan suka terhadap Ramli MS ketika awal pertemuan.

PETALING JAYA – Selepas hampir 10 tahun melayari bahtera perkahwinan dengan maestro muzik terkenal tanah air, Datuk Ramli MS, penyanyi Alyah membuat pendedahan tidak pernah menyukai setiap inci yang ada pada diri figura tersebut, terutama pada awal perkenalan.

Pemilik nama lengkap, Noor Hasliah Abu Hasan itu memaklumkan, sehingga kini dia berasa pelik berjodoh dengan lelaki itu namun percaya bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik buat dirinya.

“Pertama jumpa, secara jujurnya saya memang tak menggemari Datuk Ramli. Saya tak menggemari setiap inci pun.

“Memang sampai hari ini saya jadi macam pelik tapi saya percaya Allah itu ada perancangan-Nya yang terbaik yang saya sendiri tak tahu. Jadi, saya just go with the flow (ikut sahaja),” kata Alyah, 41, dalam sesi bual bicara santai, Begitu Begini bersama Dj Nazz.

Ditanya bagaimana boleh jatuh cinta dan berkahwin jika tiada seinci pun rasa suka sewaktu mula berkenalan, Alyah berpegangkan kepercayaan bahawa perkahwinan bukan satu pengakhiran, sebaliknya sebuah permulaan.

Selepas berkahwin, barulah pelantun lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu mula belajar menyukai dan mencintai lelaki asal Singapura itu.

“Ramai orang kata ‘kahwin adalah satu pengakhiran’. Pilih pasangan kita dan itu adalah pengakhiran seseorang.

“Tetapi, pengalaman saya lalui, perkahwinan adalah permulaan yang merupakan fasa kita baru dapat mengenali pasangan sebenar-benarnya selepas berkahwin.

“Proses mengenali ada naik turunnya. Saya masih lagi dalam proses mengenali. Jadi bila orang dengar ada cerita-cerita itu, itulah naik turun rumah tangga,” kata anak seni kelahiran Gelang Patah, Johor itu.

Sekadar info, Ramli dan Alyah berkahwin pada Mac 2013 dalam satu majlis kecil yang diadakan di Indonesia. Hampir sedekad perkongsian hidup, pasangan tersebut masih belum ditemukan rezeki cahaya mata sehingga kini.

Perbezaan jurang usia 20 tahun antara mereka membuatkan ramai dalam kalangan peminat yang ingin tahu bagaimana pasangan tersebut mengekalkan keharmonian rumah tangga meskipun jarang berbicara soal peribadi, terutama perihal perkahwinan kepada umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI