fbpx

Peniaga maut kereta terjunam masuk cerun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga, Teng Yong disahkan meninggal dunia selepas dia berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dalam nahas di Lebuh AMJ, Melaka, lewat pagi tadi.

MELAKA – Seorang peniaga maut selepas kereta dipandunya terbabas ke dalam cerun bukit di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah Jasin (AMJ), dekat Rembia, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa Hoe Teng Yong, 57, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi.

Katanya, hasil siasatan awal, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga Aerobak dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Rembia Setia, di sini.

“Ketika kejadian mangsa dari arah Malim Permai menuju ke rumahnya, namun setiba di lokasi kenderaan dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke cerun bukit di sebelah kiri jalan.

“Akibat kemalangan itu mangsa mengalami kecederaan parah di kepala serta anggota badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pemeriksaan pegawai penyiasat di lokasi menjumpai kesan tayar dan geseran pada permukaan jalan dua lorong yang berselekoh serta menurun bukit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI