fbpx

Pemandu, kelindan tersepit lori langgar pondok sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu lori dan kelindannya tersepit selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar penghalang longkang dan pondok berhampiran SMK Mersing di Kilometer 3 Jalan Endau - Mersing pagi tadi.

MERSING – Seorang pemandu lori dan kelindannya tersepit selepas kenderaan dinaiki terbabas melanggar penghalang longkang dan pondok berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mersing di Kilometer 3 Jalan Endau – Mersing pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edrward Nuing berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu kira-kira pukul 10 pagi melibatkan sebuah lori tiga tan jenis Isuzu yang terbabas melanggar penghalang longkang dan pondok berhampiran SMK Mersing.

“Pemandu berumur 39 tahun bersama kelindan lori berumur 33 tahun dalam perjalanan dari Kelantan menuju ke arah Johor Bahru, ketika tiba di tempat kejadian dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke kiri bahu jalan dan masuk ke dalam longkang.

“Akibat perlanggaran tersebut, pemandu dan kelindan lori telah tersepit. Pihak bomba telah berjaya mengeluarkan mangsa dan kedua – duanya telah dirujuk ke Hospital Mersing bagi mendapatkan rawatan lanjut,”katanya dalam kenyataan hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI