fbpx

Maut kemalangan selepas berbuka puasa di rumah datuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang mangsa selepas terlibat dalam kemalangan di Kampung Ara, Bukit Marak dekat Kota Bharu semalam. FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang pelajar tingkatan empat maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah motosikal lain dari arah belakang di Kampung Ara, Bukit Marak di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Muhamad Aidil Asyraf Mohd. Rafizul, 16, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami cedera parah pada bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Gong Dermin ke Bukit Marak di sini selepas selesai berbuka puasa di rumah datuknya.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai telah dirempuh sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang seorang lelaki berusia 19 tahun dari arah belakang.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan raya sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mangsa mengalami cedera parah pada bahagian kepala kerana tidak memakai topi keledar. Penunggang sebuah lagi motosikal pula cedera pada bahu selain tangan kanan dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Shuhaimi, siasatan lanjut turut mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian penunggang motosikal Yamaha Y15ZR yang tiba-tiba merempuh motosikal mangsa.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI