fbpx

Peniaga kedai runcit maut motosikal langgar tiang elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Rosdi maut dalam kemalangan di Jalan Parit Panjang-Kuala Pegang di Kampung Mengkuang Hujung, Baling pada petang semalam.

BALING – Seorang peniaga kedai runcit maut selepas motosikal ditungganginya terbabas lalu merempuh tiang elektrik di Jalan Parit Panjang-Kuala Pegang di Kampung Mengkuang Hujung di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.59 petang itu, Mohd Rosdi Md. Darus, 56, dari Kampung Titi Mentaling, Lanai di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menaiki motosikal jenis Honda dalam perjalanan dari arah Pekan Parit Panjang menghala Kuala Pegang.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai telah terbabas ke bahu jalan sebelah kiri sebelum terlanggar tiang Tenaga Nasional Berhad di bahu jalan,” kata di sini hari ini.

Katanya, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI