fbpx

Liverpool enggan tersilap langkah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANE (tengah) bakal menjadi pertaruhan penting Liverpool apabila berada pada prestasi terbaik ketika ini dengan meledak gol dalam dua perlawanan berturut-turut. – AFP

LIVERPOOL – Pasukan Liverpool enggan mensia-siakan ke­lebihan selepas meletakkan se­belah kaki ke peringkat separuh akhir menjelang aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Benfica di Anfield awal pagi esok.

Sebagai rekod, skuad kendalian Jurgen Klopp itu berjaya membawa bekalan selesa susulan kemenangan 3-1 yang dicatat ketika aksi suku akhir pertama di Lisbon minggu lepas sekali gus selangkah untuk mara ke kelompok empat pasukan terbaik Eropah musim ini.

Penyerang sensasi Liverpool, Sadio Mane berharap rakan sepasukan kekal waspada dan tidak memandang enteng kemampuan Benfica yang boleh memberi kejutan sekiranya gagal memberikan tumpuan penuh.

“Berdasarkan prestasi semasa, kita berada pada tahap terbaik dan pasukan cukup positif selepas merekodkan kemena­ngan pada aksi suku akhir pertama yang lepas.

“Secara peribadi, saya juga gembira dengan sumbangan saya buat pasukan selepas menjaringkan gol dalam dua perlawanan berturut-turut.

“Namun, dalam masa yang sama saya tidak mahu kita memandang rendah keupayaan pasukan lawan meskipun memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri,” kata pemain antarabangsa Senegal itu.

Sementara itu, tonggak pertahanan Liverpool, Andy Robert­son turut menyatakan perkara yang sama memandang­kan Benfica masih berjaya memberikan kesukaran buat pasukan berdasarkan apa yang dipamerkan pada minggu lepas.

“Saya anggap Benfica antara pasukan yang memiliki kualiti tersendiri, tetapi mungkin sukar buat mereka kerana bakal bermain di Anfield di hadapan ribuan penyokong kami. Apa yang pasti, saya yakin kami dapat lolos ke pentas separuh akhir musim ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI