fbpx

Keluarga mangsa basikal lajak bersyukur, hukuman tamatkan penantian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kemalangan melibatkan lapan remaja maut dalam kejadian di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru, pada 18 Februari 2017.

JOHOR BAHRU – Ahli keluarga kepada mangsa kes lapan penunggang basikal lajak yang maut dalam kemalangan lima tahun lalu menzahirkan kesyukuran dengan keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru yang menjatuhkan hukuman enam tahun penjara kepada pemandu wanita terbabit.

Sabariah Yusuf, 54, memberitahu, dia dimaklumkan berhubung perkara itu oleh pemberita yang menghubunginya.

Menurutnya, dia bersyukur dan menerima dengan lapang dada keputusan mahkamah berkenaan yang disifatkan sebagai adil dan saksama.

Sabariah Yusuf

“Saya rasa bersyukur, penantian selama lima tahun akhirnya berbaloi apabila pemandu kenderaan yang terlibat dalam kejadian ini telah menerima hukuman yang setimpal.

“Saya juga berharap kejadian itu menjadi pengajaran kepada semua pihak khususnya pemandu kenderaan agar lebih berhati-hati ketika sedang memandu di jalan raya,” katanya yang merupakan ibu kepada Mohamad Azhar Amir yang berusia 16 tahun ketika kejadian.

Selain Mohamad Azhar, kejadian itu turut mengorbankan tujuh yang lain iaitu Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Tambah Sabariah lagi, anaknya itu merupakan anak kelapan daripada 10 adik ipar dan merupakan seorang anak yang baik dan peramah.

Berita berkaitan: Jurujual sebabkan kematian lapan remaja basikal lajak dijel 6 tahun 

Sementara itu, ketika disoal berhubung kenyataan-kenyataan dibuat masyarakat khususnya berkenaan aktiviti penunggang basikal lajak terbabit, Sabariah memberitahu dia tidak mahu membaca sebarang komen negatifnya mengenainya.

“Saya maklum ada segelintir pihak yang menyalahkan ahli keluarga kepada mangsa-mangsa terbabit, namun sejujurnya saya menyerahkan perkara itu kepada pihak mahkamah.

“Biarlah mahkamah yang menentukan pihak mana yang bersalah dalam kejadian ini, mereka lebih arif dalam soal perundangan berbanding kita,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI