fbpx

Jalan ke Jerantut mendap, tar pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk menunjukkan struktur permukaan tar yang berlekuk dan pecah berdekatan Kampung Pagi dekat Ulu Tembeling di Jerantut semalam.

JERANTUT – Kira-kira 300 penduduk Kampung Pagi dekat Ulu Tembeling di sini merayu agar jalan raya yang menjadi penghubung utama mereka ke bandar Jerantut yang rosak teruk dapat dibaiki dengan segera.

Selain itu, jalan raya tersebut turut menjadi laluan utama penduduk oleh empat buah perkampungan di mukim Ulu Tembeling untuk ke bandar.

Seorang penduduk, Rosli Zulkifli, 64, berkata, keadaan permukaan jalan tar yang pecah dan semakin mendap sejak tiga bulan lalu itu semakin teruk sehingga meresahkan penduduk kerana boleh mengundang bahaya.

“Kerosakan ini berlaku be­tul-betul di atas jambatan kecil Sungai Pengau di kampung ini menyebabkan banyak kawasan berlekuk dan pecah mengundang bahaya kepada penunggang motosikal dan kereta.

“Kami juga risau jika dibiarkan keadaan bertambah teruk sehingga menyebabkan laluan utama ini terputus apatah lagi menjelang hari raya yang hampir tiba,” katanya di sini semalam.

Menurut Rosli, keadaan itu didakwa berlaku akibat hujan lebat sejak awal tahun ini menyebabkan wujud takungan air apatah lagi sering dilalui kende­raan berat.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk, Mustapa Abdullah, 25, berkata, keadaan jalan yang rosak itu menimbulkan kesukaran kepada pengguna apatah lagi ketika berselisih sehingga ada berlaku kemalangan.

“Tolonglah baiki segera laluan ini yang jadi penghubung bagi penduduk menghantar anak ke sekolah rendah berdekatan.

“Nak dekat raya (Aidilfitri) ni, kena baiki segera, nanti rosak lagi teruk bila ramai balik kampung,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI