PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di negeri-negeri pantai barat Semenanjung termasuk Sabah.
MetMalaysia dalam laporannya di YouTube berkata, keadaan tersebut dijangka berlanjutan sehingga ke awal petang nanti.
“Ketika ini, hujan lebat dikatakan sedang berlaku di perairan negeri-negeri pantai barat termasuk Pulau Tioman.
“Manakala di Sabah, keadaan sama dilaporkan tertumpu di Tawau,” katanya.
Bagaimanapun, MetMalaysia juga melaporkan keadaan angin kencang di rantau negara adalah perlahan dengan kelajuan 10 hingga 20 kilometer sejam.
“Oleh itu, keadaan adalah stabil bagi semua aktiviti perkapalan di perairan Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak,” katanya.- KOSMO! ONLINE