fbpx

Malaysia benam Zimbabwe 7-2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain negara meraikan kemenangan 7-2 ke atas Zimbabwe pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Wanita, Potchefstroom, Afrika Selatan semalam.

SKUAD hoki remaja wanita negara meraih satu pengalaman berharga selepas menamatkan kempen pada Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Wanita, Potchefstroom, Afrika Selatan di kedudukan ke-11 semalam.

Kejayaan itu hadir menerusi kemenangan terakhir skuad negara ketika berjaya menundukkan pasukan Zimbabwe dengan keputusan 7-2 pada perlawanan penentuan kedudukan ke-11 dan ke-12.

Jurulatih negara, Nasihin Nubli Ibrahim menyifatkan anak-anak didiknya itu mendapat pendedahan tertinggi dan memperagakan aksi cukup baik pada setiap perlawanan.

“Memang kami telah me­rancang untuk memberikan yang terbaik tidak mengira apa pun yang akan berlaku. Permulaan pemain bermula dengan sedikit kucar kacir serta gemuruh.

“Kami mengakui Zimbabwe mempunyai penyerang yang pantas, jadi kami memberikan tumpuan pada bahagian tengah. Suku kedua kami mula untuk menjaringkan gol demi gol.

“Usaha yang telah ditunjukkan oleh pemain sangat bagus dan mereka memberikan segalanya serta mengikuti struktur perlawanan telah ­diikuti dengan sebaiknya.

“Pemain bermain dengan tenang di separuh masa kedua dan mencipta beberapa pe­luang serta menjaringkan gol.

“Terima kasih kepada barisan kejurulatihan yang telah banyak membantu dalam menganalisis perlawanan dan terima kasih Konfederasi Hoki Malaysia di atas kepercayaan untuk menghantar pasukan muda ini,” katanya.

Pada aksi itu, Malaysia dikejutkan dengan jaringan awal lawan pada minit kedua hasil gol padang Tinodiwanashe Elijah, namun jaringan tersebut segera dipadam oleh Siti Nur Arfah Mohd. Nor pada minit ke-10 juga hasil gerakan padang.

Beberapa saat sebelum tamat suku pertama, Zimbabwe kembali didepan hasil gol gerakan padang Alexi Terblanche, namun jaringan tersebut tidak bertahan lama apabila dua gol berturut-turut diledak oleh pasukan negara pada minit ke-22 dan ke-23 hasil gol pukulan sudut penalti Nur Insyirah Effarizal dan penalti stroke Nuramirah Shakirah Zulkifli untuk kelebihan 3-2.

Bersambung suku ketiga, Malaysia terus menekan Zimbabwe dan melebarkan jurang gol menerusi Nur Afiqah Syahzani Azhar pada minit ke-39 dan jaringan pukulan sudut penalti menerusi Dayang Nuramirah Abang Mahadini pada minit ke-41.

Penyerang negara, Nuramirah Shakirah Zulkifli menja­ringkan gol kedua peribadinya pada perlawanan itu hasil gerakan padang pada minit ke-48 sebelum Khairunnisa Ayuni Mohd. Shahruddin memastikan Malaysia menutup kempen sulung Piala Dunia Remaja Wanita dengan kemenangan bergaya 7-2 menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-53.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI