PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 skala Ritcher dilaporkan berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 9.22 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, pusat gempa bumi tersebut terletak 26.8 darjah Utara dan 126.1 darjah Timur pada kedalaman 86 kilometer (km).
“Kejadian berlaku di 165 km Barat Laut dari Naha, Jepun.
“Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” katanya.- KOSMO! ONLINE