fbpx

Gadis berjoget depan ramai demi ‘content’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar klip video kumpulan gadis yang berjoget dikhalayak mendapat kecaman orang ramai.

PETALING JAYA – Kelibat beberapa orang gadis yang berjoget di khalayak ramai bagi menghasilkan ‘content’ hari raya mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi satu klip video tular di media sosial ketika ini, kelihatan lima orang gadis sedang berjoget di khalayak ramai dilaporkan demi menghasilkan ‘content’ hari raya mereka.

Video tersebut berjaya dirakam oleh seorang individu kemudiannya mendapat kecaman teruk orang ramai yang menyifatkan ketika ini golongan wanita muda sudah tidak mempunyai perasaan malu.

“Tak tahu nak kata apa, aku lihat budak-budak muda sekarang dah hilang perasaan malu mereka. Depan-depan orang ramai pun boleh berjoget demi ‘content’ dekat TikTok.

“Pandai betul orang luar cipta aplikasi untuk menyesatkan orang kita, yang belah orang kita pula jenis yang mudah terpengaruh,” jelas Wan Hizam.

“Harapnya mereka yang terlibat ni cukup-cukuplah memalukan diri sendiri, sebab ‘content’ perasaan malu tu sudah hilang.

“Janganlah mudah sangat nak mengikut benda-benda pelik ni, kembali kepada fitrah asal kita sebagai muslim,” jelas Haikal Che Wil. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI