fbpx

Daiyan Trisha doa cepat jumpa jodoh di Jabal Rahmah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sama seperti jemaah lain, pelakon jelita Daiyan Trisha mengambil kesempatan memohon doa di Jabal Rahmah, Mekah agar dikurniakan seorang suami untuk membahagiakan dirinya.

Teruja berkongsi perkara tersebut dalam Instagramnya, Daiyan atau nama sebenarnya Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 29, kisah pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa merupakan inspirasi untuk dia tidak berhenti berdoa untuk diberikan peluang merasakan kebahagiaan seperti insan lain.

“Jabal Rahmah merupakan lokasi pertemuan di mana Nabi Adam dan Siti Hawa bersatu pertama kali di bumi selepas dipisahkan beratus tahun di syurga.

TANGKAP layar perkongsian Daiyan mengenai doa jodohnya saat bertamu ke Jabal Rahmah.

“Jadi mengikut apa yang ramai katakan, jika berdoa meminta jodoh, di sinilah tempatnya. Jadi, jangan persoalkan jika saya melakukan perkara sama,” katanya.

Dalam hantaran sama, dia juga memohon doa kepasa Allah SWT agar doanya itu dimakbulkan kerana merasakan sudah bersedia untuk berumah tangga.

“Ya Allah ya Tuhanku, semoga Kau pertemukan jodoh yang terbaik buat diriku. Mungkin sudah tiba masanya, aminkan cepat.

“Ini betul-betul serius, tolong aminkan. Kawan-kawan yang minta jodoh pun saya sudah doakan di sini,” ujar pelantun lagu Langit.

Sementara itu, pelakon Projek: Anchor SPM itu juga menyifatkan ibadah umrah merupakan pengalaman yang sangat bernilai pernah dilaluinya.

“Rasa yang paling indah dalam dunia. Terima kasih ya Allah kerana pinjamkan rasa yang sangat bahagia dan gembira.

“Doa-doa kalian sudah saya panjatkan, insya-Allah semoga dimakbulkan,” tuturnya lagi.

Pada 10 April lalu, Kosmo! melaporkan Daiyan selamat berlepas ke Mekah selepas pintu hatinya terbuka untuk kembali ‘terbang’ ke negara lain seperti yang sering dilakukan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI