fbpx

Cuti tanpa rekod penjawat awam masyarakat Siam rai Perayaan Songkran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Poster sambutan Perayaan Songkran

PUTRAJAYA – Pemberian cuti tanpa rekod kepada penjawat awam berketurunan Siam sempena Perayaan Songkran merupakan satu keistimewaan kepada mereka yang sama-sama berusaha untuk membangunkan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keistimewaan itu perlu dianggap sebagai pengiktirafan kepada masyarakat Siam yang menjadi sebahagian daripada rakyat pribumi negara ini.

“Saya berharap seluruh masyarakat Siam dapat menggunakan perayaan ini bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturahim dengan sahabat handai serta jiran tetangga yang berbilang bangsa.

“Itulah asas kepada kesejahteraan yang menjadi tunjang kepada konsep Keluarga Malaysia.

“Semoga masyarakat Siam khasnya dan seluruh Keluarga Malaysia amnya terus berada dalam keadaan sihat sejahtera sepanjang masa. Selamat menyambut Perayaan Songkran 2022,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Pada masa sama, Ismail Sabri berkata, Perayaan Songkran tahun ini disambut dalam suasana yang mana rakyat masih perlu berhati-hati dengan ancaman Covid-19.

Katanya, pandemik itu telah menjejaskan kehidupan harian dan kegiatan ekonomi seluruh rakyat Malaysia serta penduduk dunia.

“Sama-samalah kita mendoakan agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala agar kita boleh menyambut perayaan ini dan perayaan rakyat Malaysia yang lain dengan lebih meriah lagi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI