fbpx

Assalamualaikum Calon Iman 2 lebih sarat konflik, beremosi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DALAM musim kedua siri ACI, Mentari (kiri) menyifatkan watak Fisya sangat menduga emosinya, terutama saat menghidupkan karakter isteri yang berdepan tekanan.

MENEMANI penonton sepanjang Ramadan ini, platform penstriman Viu Indonesia menyajikan musim kedua siri popular Assalamualaikum Calon Imam (ACI).

Siri romantik yang sarat konflik berkenaan ditayangkan secara global di 16 buah negara bermula 1 April lalu.

Naskhah ACI musim kedua (ACI2) menyambung kisah hidup sepasang suami isteri, Aliff lakonan Miller Khan dan isterinya, Fisya (Mentari De Marelle).

Selepas berkahwin, pasangan itu dikurniakan seorang anak, namun kehidupan mereka digugat dengan banyak cubaan apabila adik Fisya, Salsa (Keiza Aletheia) sedang berjuang untuk kembali bersemangat dalam menjalani kehidupan.

Menurut pengarahnya, Indra Gunawan, musim kedua ACI menjanjikan jalan cerita yang jauh lebih menarik, selain memaparkan konflik pasangan atau keluarga yang baru dibina seperti yang berlaku terhadap Aliff dan Fisya.

“Musim pertama banyak menjerat penonton, jadi menerusi musim kedua kami menjanjikan jalan cerita jauh lebih menarik.

“Konflik dalam musim kedua lebih kurang sama dengan yang terdahulu. Cuma apa yang mahu disampaikan menerusi musim terbaharu ini adalah bagaimana sebuah keluarga yang baru ada seorang anak kemudian disaratkan dengan konflik kerja dan di rumah. Inilah yang dinamakan filem keluarga,” kata Indra.

Sementara menurut Miller, watak dalam musim kedua menyaksikan sedikit perubahan, terutama keperibadian sebagai seorang lelaki dan ketua keluarga.

“Hampir sama watak Aliff dalam musim satu dan dua, cuma kali ini dia lebih matang dan bijak.

DALAM musim kedua siri ACI, Mentari (kiri) menyifatkan watak Fisya sangat menduga emosinya, terutama saat menghidupkan karakter isteri yang berdepan tekanan.

“ACI2 menyorot sebuah proses yang membuatkan Aliff semakin dewasa kerana sudah ada tanggungjawab iaitu bergelar ayah. Kerja di hospital masih berjalan seperti biasa, sibuk sana sini dan pulang ke rumah harus melayan anak pula,” ujarnya.

Tambah pelakon berusia 35 tahun itu, ketika projek ACI2 berlangsung, dia masih berstatus bujang dan hanya bergelar seorang suami selepas naskhah berkenaan tamat penggambaran.

Ditebak tentang cabaran memegang watak seorang ayah, Miller mengakui peranan watak Aliff banyak menyerap energi positif dalam dirinya.

“Masa proses penggambaran saya belum nikah. Usai tamat, barulah saya berkahwin.

“Selama menjadi Aliff, sedikit sebanyak wataknya melekat pada diri saya. Saya akui Aliff buat saya jadi seorang yang lebih baik,” jelasnya penuh makna.

WATAK Dr. Surya lakonan Marthino Lio merupakan antara karakter baharu yang diwujudkan dalam ACI2.

Cabaran pandemik

Bercerita lanjut tentang proses pembikinan naskhah musim kedua, Indra berkongsi mengenai cabaran yang dihadapi pasukan produksi memandangkan mereka menjalani penggambaran pada musim pandemik yang berisiko tinggi.

“Sangat mencabar sebab cerita ini berkisar tentang kerjaya doktor. Jadi lokasi penggambaran hampir 70 peratus dilakukan di hospital. Jadi keadaan agak menekan ketika itu.

“Tetapi alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Pasukan produksi termasuk pelakon sihat semuanya sampailah kami habis penggambaran,” ujar Indra.

Selain Miller, Mentari dan Kezia, ACI2 turut menampilkan barisan watak baharu yang membuatkan jalan cerita semakin dramatik.

Antaranya, pelakon Marthino Lio sebagai Dr. Surya, Rizky Alatas (Dr. Chandra) dan Indah Kusuma (Dr. Sarah).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI