fbpx

40,000 botol minyak wangi Dexandra terjual dalam sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk haruman terbaharu Dexandra yang telah mendapat sambutan baik daripada pelanggan setia dan yang baharu.

PETALING JAYA – Minyak wa­ngi Dexandra mencatat rekod terbaik jualannya apabila 40,000 botol terjual dalam tempoh sehari selepas melancarkan 15 haruman koleksi terbaharu iaitu Travel Spray.

Jualan ini mencetuskan fe­nomena kerana menjadi rebutan pengguna setia terawalnya menikmati aroma sensasi revolusi Eau De Parfum (EDP) yang mana harumannya lebih tahan lama.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Safwan Ismail berkata, majlis pelancaran yang diadakan secara virtual dan disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebook itu berjaya mengumpul sehingga 5,000 penonton.

“Terdapat 15 haruman eks­k­lusif dalam kandungan botol bersaiz 15 mililiter yang mana 10 haruman khusus untuk wa­nita dan lima haruman khusus untuk lelaki.

“Syarikat mengunjurkan jualan mencecah 300,000 botol sebulan dengan nilaian jualan RM40 juta sehingga hujung tahun ini.

“Melalui sokongan dan komitmen 33,000 stokis dan pengedar berdaftar di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak, nilai jualan tersebut bakal dicapai walaupun negara­ dalam ekonomi yang sukar kini,” katanya dalam kenyataan.

Safwan menambah, syarikat telah menjalankan kajian dan pembangunan yang teliti sebelum memperkenalkan 15 haruman terbaharu menerusi slogan slim, sleek dan sassy dalam rekaan botol lebih kecil, mudah disimpan dan boleh dibawa ke mana-mana.

“Koleksi kali ini berasaskan aroma alam yang menyegarkan, bunga-bungaan, buah- buahan serta gabungan inspirasi unik bau kayu dan pantai.

“Ini adalah hadiah istimewa buat pelanggan sedia ada dan yang baharu selepas mengharungi tempoh pandemik yang panjang,” ujarnya .

Selain minyak wangi, Dexandra turut menawarkan produk penyegar udara kenderaan, losyen, body mist dan sanitasi tangan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI