fbpx

16 maut trak langgar tebing di Papua Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan mencari dan menyelamat mengusung mayat seorang mangsa yang meninggal dunia. - AFP

JAKARTA – Sekurang-kurangnya 16 penumpang maut manakala 13 lagi cedera apabila sebuah trak yang menuruni sebuah kawasan pergunungan terpencil di wilayah Papua Barat, Indonesia, melanggar tebing, kata polis.

Trak yang membawa 28 penumpang dan seorang pemandu itu ketika kejadian sedang membuat perjalanan turun dari kawasan pergunungan Arfak ke bandar Manokwari, kira-kira pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam. Polis berkata, pemandu trak hilang kawalan lalu melanggar tebing.

“Kami mengesyaki brek gagal berfungsi yang menyebabkan pemandu hilang kawalan,” kata Timbalan Ketua Unit Trafik Papua Barat, Andre Manuputty kepada stesen penyiaran tempatan, Metro TV.

Sejurus pasukan mencari dan menyelamat tiba di lokasi kejadian dua jam selepas menerima laporan kemalangan, mereka menemui mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan raya yang tercampak keluar dari trak.

“Seorang kanak-kanak adalah antara yang terbunuh. Sebilangan mangsa yang cedera kini berada dalam keadaan kritikal,” kata Andre.

Andre menambah, jalan tersebut adalah berbahaya disebabkan oleh keadaannya yang curam dan tiada pencahayaan yang jelas. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI