fbpx

Twice bantu lambung saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN TWICE

KUMPULAN Twice membuktikan pengaruh dan populariti mereka dalam dunia hiburan K-pop bukan calang-calang.

Pernyataan tersebut dibuktikan menerusi laporan yang mendedahkan kumpulan itu membantu peningkatan saham agensi naungan mereka, JYP Entertainment (JYPE) yang melonjak sehingga satu trilion won (RM3.4 bilion).

Rekod tersebut dicatat JYPE untuk tiga bulan pertama bagi tahun 2022 dengan peningkatan sebanyak 70 peratus berbanding sebelumnya.

Catatan tersebut dicapai agensi besar tersebut hasil persembahan skala besar artis-artis naungan, terutama Twice termasuk Stray Kids, ITZY dan NMIXX selain jelajah luar negara.

Seperti dilaporkan Korea Exchange, nilai saham JYPE menjunam ke 37,000 won (RM127) pada 27 Januari lalu sebelum kemudian melonjak ke 66,200 won (RM227).

Situasi tersebut menyaksikan ini kali pertama JYPE memasuki garis nilai saham bernilai 60,000 won sejak disenaraikan pada Ogos 2001.

Pengkaji di Samsung Securities, Choi Min-ha mendapati keadaan tersebut disebabkan penjualan hangat album Stray Kids, Ordinary yang terjual sebanyak 1.3 juta pada

Mac lalu, selain berjaya debut di tangga pertama carta Billboard 200.

Sementara itu Twice pula mencatat rekod apabila melanjutkan penganjuran konsert mereka di Amerika Syarikat berikutan sambutan luar biasa peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI