fbpx

Terlalu popular, BTS tidak diundang ke majlis angkat sumpah Presiden Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BTS tidak diundang ke majlis pelantikan bakal presiden Korea Selatan kerana terlalu popular. - Facebook

SEOUL – Ketua Jawatankuasa Majlis Angkat Sumpah Presiden Korea Selatan, Park Joo-sun mengesahkan kumpulan muzik tersohor, BTS tidak akan diundang untuk membuat persembahan pada majlis tersebut, lapor agensi berita Yonhap, semalam.

Joo-sun mengumumkan berita itu semasa taklimat akhbar di ibu pejabat pasukan peralihan kuasa di Seoul.

“Kami percaya adalah tidak sesuai untuk menjemput BTS kali ini kerana bakal Presiden mahukan sebuah majlis ringkas dan sederhana  yang menggalakkan perpaduan negara sambil disertai oleh  kanak-kanak, warga emas serta bintang kurang dikenali.

“Tambahan pula, dengan bajet yang terhad,  sukar untuk menjemput bintang pujaan global seperti BTS, jadi kami memutuskan untuk tidak mengundang mereka,” katanya.

Namun, kata Joo-sun, beliau berharap akan ada peluang untuk menjemput BTS ke acara di masa depan yang lebih sesuai dengan status dan kemasyhuran kumpulan itu.

Beliau juga menolak tanggapan majlis angkat sumpah itu sebagai acara politik dan berkata, ia adalah acara negara yang ditetapkan oleh undang-undang. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI