fbpx

Rumah rosak dilanda badai ribut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faidzul Rosaizak menunjukkan keadaan bumbung rumahnya yang rosak dalam kejadian angin ribut di Kampung Garok, Selama semalam.

LARUT – Sebanyak 35 rumah penduduk beberapa buah kampung di sini rosak teruk akibat dibadai ribut dalam kejadian yang berlaku petang semalam.

Antara yang terjejas ialah di Kampung Garok, Kampung Sungai Berdarah dan Kampung Damak.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.20 petang itu, angin kuat yang dikatakan datang seperti gulungan ombak menerbangkan atap zink rumah penduduk.

Salah seorang mangsa, Faidzul Rosaizak Sulaiman, 56, berkata, ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku sepanjang 42 tahun menetap di kampung itu.

“Selama ini kami hanya ditimpa musibah banjir namun inilah pertama kali dalam sejarah hidup ditimpa kejadian angin ribut.

“Keadaan memang amat mencemaskan tapi saya bersyukur seluruh ahli keluarga selamat” katanya.

Sementara itu tindakan susulan sedang diambil oleh beberapa agensi berkaitan termasuk mengenalpasti kediaman penduduk yang rosak untuk dibantu. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI