fbpx

Raya Serba Baharu bersama MR D.I.Y.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Ketika negara telah memasuki fasa endemik Covid-19, rakyat Malaysia yang beragama Islam pastinya lebih bersemangat dalam menjalani ujian Ramadan dan pada masa sama, bersiap menyambut Aidilfitri bulan depan.

Menyedari sambutan Hari Raya tahun ini pastinya berbeza selepas dua tahun disekat langkah kawalan pandemik, peruncit barangan pembaikan rumah, MR D.I.Y. melaksanakan kempen ‘MR D.I.Y. Raya Serba Baharu’ yang memberikan potongan harga menarik buat pelanggan.

Dari 1 April hingga 8 Mei 2022, pelanggan di seluruh negara boleh mendapatkan lebih 200 barangan keperluan Hari Raya di cawangan terpilih MR. D.I.Y. meliputi barangan dekorasi, kusyen, karpet lantai, alas meja, kotak tisu, sejadah, pasu dan pinggan mangkuk.

Antara tarikan utama adalah tawaran istimewa untuk langsir pada harga hanya RM21.90 dan karpet lantai pada RM16.90 sahaja.

Alex Goh

Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, selepas dua tahun tidak dapat melakukan amalan tradisi Hari Raya, kebanyakan kos produk-produk yang digunakan untuk perayaan ini pula telah meningkat.

“Dengan semangat ‘MR D.I.Y. Raya Serba Baharu’, kami telah mengatur rangkaian khas barangan keperluan perayaan yang ‘Always Low Prices’, menjadikan ia mudah didapati oleh rakyat dan mengurangkan beban perbelanjaan mereka di musim perayaan ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelanggan yang berbelanja minimum RM40 di MR. D.I.Y., RM50 di MR. TOY, atau RM30 di MR. DOLLAR di seluruh negara akan turut menerima sampul duit raya percuma sementara stok masih ada.

Orang ramai turut ditawarkan beg kitar semula bertema Aidilfitri di MR. D.I.Y., MR. TOY, dan MR. DOLLAR di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.mrdiy.com, platform e-dagang
www.mrdiy.com.my dan saluran media sosial MR D.I.Y. di Facebook dan Instagram.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI