fbpx

Rambut Fazli Zainal botak gara-gara steroid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fazli mengalami keguguran rambut yang sangat teruk hingga beberapa bahagian kepalanya menjadi botak kesan daripada pengambilan ubat steroid selepas dijangkiti Covid-19 tahun lalu.

PETALING JAYA – Penyanyi Fazli Zainal mendedahkan mengalami keguguran rambut yang sangat teruk sehingga beberapa bahagian kepalanya menjadi botak kesan daripada pengambilan ubat steroid selepas dijangkiti Covid-19 pada tahun lalu.

Fazli, 44, berkata, keadaan kesihatannya semakin pulih, namun dia mengalami masalah keguguran rambut kronik sehingga beberapa bahagian kepalanya botak licin kesan daripada pengambilan steroid.

“Alhamdulillah keadaan kesihatan saya bertambah baik. Lebih-lebih lagi sekarang ini kita sedang menjalani ibadah puasa.

“Cuma sekarang saya mengalami masalah keguguran rambut kronik sehingga beberapa bahagian kepada menjadi botak. Puncanya disebabkan kesan daripada pengambilan dadah (steroid),” ujarnya.

Kata pelantun lagu Harapan itu lagi, selain mengalami keguguran rambut, kulitnya juga menjadi kering.

“Pernafasan okey dan semakin baik walaupun 75 peratus paru-paru saya telah rosak. Doktor sarankan saya untuk amalkan senaman ringan untuk melatih paru-paru,” jelasnya.

Menyentuh tentang perkembangannya terkini, Fazli memberitahu sudah kembali aktif menyanyi sejak beberapa bulan lalu dan kini sibuk menjadi pengacara untuk program Keluarga Malaysia.

“Saya sudah pun kembali aktif menyanyi sejak beberapa bulan lalu. Sekarang ini saya menjadi pengacara untuk program Keluarga Malaysia bersama Perdana Menteri dan akan menjelajah ke seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Fazli sempat menitipkan pesan kepada masyarakat supaya tidak terlalu leka dan sentiasa berhati-hati dengan menjaga keselamatan diri masing-masing.

“Walaupun kita sekarang dalam peralihan ke fasa endemik, orang ramai masih perlu berhati-hati kerana Covid-19 masih ada. Saya bersyukur diberi peluang hidup kedua,” katanya.

Terdahulu, Fazli menerima rawatan di Hospital Ampang selama 29 hari selepas dijangkiti wabak Covid-19 sebelum dibenarkan keluar hospital pada 29 Ogos tahun lalu.

Ujian imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati kira-kira 75 peratus paru-parunya telah rosak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI