fbpx

‘Ramadan satukan kami tiga beranak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HASNAH (duduk, kanan) bersama anak dan cucunya yang pulang menyambut Ramadan di Kampung Sanglang, Pontian selepas dua tahun terkandas di Singapura akibat Covid-19.

PONTIAN – Ramadan tahun ini membawa ke­gembiraan buat keluarga Hasnah Ahmad, 56, dan Abdul Rahman Hassan, 58, apabila dapat bertemu dengan tiga anaknya yang berada di Si­ngapura.

Setelah penutupan pintu sempadan antara Johor dan Singapura pada Mac 2020, mereka hanya mampu berinteraksi dengan panggilan video bagi mengubati kerinduan dan bertanya khabar.

Menurut Hasnah, anaknya, Nooraihana Abdul Rahman, 34, tinggal bersama suaminya warga Singapura Nurherizzwan Shah Kamin, 40, sejak mereka berkahwin 13 tahun lalu.

“Hati ibu bapa mana tidak gembira bertemu kembali de­ngan anak, menantu dan cucu-setelah terpisah disebabkan pendemik Covid-19 pada 2019,.

“Cucu saya keempat, Muhammad Nurfarizqi Mikhael, lahir pada tahun 2020 ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru hari ini dapat bertemu dengan nenek dan datuknya pertama kali,” ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sanglang, di sini.

Tambah Hasnah, selain Nooraihana, dia juga mempunyai dua lagi anak yang bekerja di Singapura, Muhamad Hanis, 32, dan Muhammad Farezuan Hamzi, 32.

Selain mereka berdua, dia mempunyai dua lagi anak perempuan masing-masing guru di Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK ) Benut dan penuntut Universiti Tun Hussein Onn.

Sementara itu, Nooraihana berkata, dia sekeluarga amat merindui suasana berbuka puasa dan menyambut hari raya bersama keluarga setelah dua tahun beraya di Singapura.

Katanya, dia merindui masakan emaknya seperti ayam masak merah, asam pedas sayur keladi, sambal tumis bugis, ayam masak bugis selain kuih-muih Johor.

“Begitu juga juadah masakan tradisional kaum Bugis seperti burasak, lepat loi, asam pedas ikan parang yang tidak dapat dinikmati selama dua tahun,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI