fbpx

Peminat fanatik wujudkan akaun media sosial bersihkan imej Putin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa kumpulan awam dikesan di media sosial yang memuat naik hantaran-hantaran yang memuji Putin. – Facebook

LONDON – Beberapa akaun media sosial pro-Vladimir Putin dikesan telah diwujudkan bagi membersihkan imej Presiden Rusia tersebut, lapor Badan Penyiaran Britain (BBC) kelmarin.

Menurut siasatan BBC dan Institut Dialog Strategik (ISD), berjuta-juta pengguna melihat hantaran yang dimuat naik dengan memaparkan gambar Putin sedang tersenyum, bermurah hati dan cinta akan keamanan.

Menurut ISD, pihaknya mengenal pasti 10 kumpulan awam pro-Putin yang meletakkan nama akaun sepeti Vladimir Putin – Leader of the Free World.

Kumpulan-kumpulan tersebut mempunyai lebih 650,000 ahli. 

Kandungan yang dimuat naik termasuk gambar dan mesej yang memuji pemimpin Rusia itu. Ia ditulis dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Inggeris, Rusia, Parsi, Arab dan Khmer.

Selain popular, kumpulan-kumpulan itu juga amat aktif. Sepanjang bulan lalu, laman-laman web itu mengadakan  sebanyak 16,500 hantaran dengan lebih 3.6 juta interaksi.

Matlamat utama kumpulan-kumpulan itu adalah untuk mengetengahkan Putin sebagai wira yang menentang Barat dengan sokongan kukuh masyarakat antarabangsa.

Antara imej yang dikongsikan adalah Putin berjalan dengan penuh keyakinan, memegang anak anjing, merenung ke arah kamera, memberi tabik hormat kepada tentera dan menunggang beberapa ekor haiwan liar termasuk beruang serta singa.

Kumpulan-kumpulan itu menerima lebih 100,000 ahli baharu sejak permulaan pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI