fbpx

Pecutan Bastianini tawan GP Americas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BASTIANINI meraih kemenangan kedua musim ini selepas berjaya mengungguli saingan GP Americas awal pagi semalam. – AFP

AUSTIN, Texas – Meskipun menggunakan jentera spesifikasi 2021, namun ia tidak memberi masalah kepada Enea Bastianini melakukan kejutan menjuarai Grand Prix (GP) Americas awal pagi semalam.

Bastianini yang bermula dari petak kelima tidak terburu-buru, malah mengekalkan tungga­ngan positif sebelum memberi tekanan pada pertengahan perlumbaan.

Kesabarannya membuahkan hasil apabila pelumba Gresini Racing tersebut berjaya me­mintas pelumba Ducati, Jack Miller pada baki lima pusingan terakhir sebelum menjulang kemenangan di Circuit Of The Americas (COTA).

Lebih manis, ia adalah kemenangan kedua diraihnya daripada empat perlumbaan musim ini membolehkan pelumba ber­usia 24 tahun itu memimpin carta ka­tegori pelumba dengan mengumpul 61 mata.

“Kemenangan ini sungguh luar biasa bagi saya terutama muncul juara di Texas. Apabila saya melihat Miller di hadapan saya tahu bukan mudah untuk melepasi­nya.

“Saya hanya melakukan yang terbaik dan akhirnya berjaya untuk berada di hadapan Miller pada lima pusingan terakhir,” katanya yang meraih kemenangan pertama di GP Qatar bulan lalu.

Pelumba Suzuki, Alex Rins bijak mengambil kesempatan untuk menamatkan saingan di tempat kedua selepas memintas Miller di pusingan terakhir yang terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di podium tempat ketiga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI