fbpx

MTA hargai pemain industri dalam bidang ekonomi, kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hema (kanan) pada majlis penyampaian anugerah MTA di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Anugerah Malaysia Top Achievers (MTA) 2022 dilihat menjadi pembakar semangat kepada pemain industri, syarikat, usahawan dan individu untuk terus mencatat kejayaan lain di dalam dan luar negara pada masa depan.

Pengerusi penganjur majlis tersebut, Hema Kandy berkata, selepas dua tahun bergelut dengan pelbagai cabaran pandemik Covid-19, ini adalah masa terbaik untuk semua pemain industri bangkit semula merebut peluang untuk mencatat kejayaan.

Jelasnya, melalui anugerah tersebut, ia memberi penghormatan kepada organisasi, usahawan dan individu yang terlibat dalam bidang ekonomi, kesihatan dan pembangunan negara ke tahap yang lebih tinggi.

“Ini adalah hasil daripada niat mulia, usaha yang ikhlas, arah tuju yang bijak dan pelaksanaan yang mahir menjadi faktor mereka dipilih sebagai pemenang anugerah kali ini.

“Berdepan dengan cabaran pandemik serta menguruskan segala ketidaktentuan dengan baik telah melahirkan pemimpin yang dipilih pada kali ini.

“Mereka telah membuktikan keupayaan untuk mencatat kejayaan yang luar biasa,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Anu­gerah MTA 2022 di sini baru-baru ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Indera Mohd. Shahar Abdullah dan Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Ahmad Masrizal Muhammad.

Pada majlis tersebut, Pe­ngerusi Eksekutif Mahsa University, Prof. Tan Sri Mohamed Haniffa Abdullah dinobatkan sebagai pencapaian seumur hidup; Anugerah Kecemerla­ngan Kepimpinan dimenangi oleh

Pengarah Urusan Berjaya Motors Enterprise Sdn. Bhd., James Ng Yee Sheng dan Anugerah Usahawan Wanita Berjaya dimenangi oleh Pengarah Urusan Meeka Intl Sdn. Bhd., Puteri Nor’ Alaina Nohuddin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI