fbpx

Mangsa sindiket pekerjaan di Kemboja dikurung, kena renjatan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berjaya dibawa pulang dari Kemboja di klia2, Sepang hari ini. - Foto FAISOL MUSTAFA

SEPANG – Bukan sahaja dikurung dan dikawal ketat oleh kumpulan sindiket, malah mangsa turut ditampar, di pukul dan dicederakan menggunakan alat renjatan elektrik.

Itu antara bentuk penderaan dialami 16 mangsa penipuan tawaran kerja di Kemboja sepanjang berada di bawah kawalan sindiket penipuan antarabangsa sejak Oktober tahun lalu.

Perkara itu didedahkan Peguam yang mewakil kesemua mangsa, Heng Zhi Li, ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), hari ini.

Menurutnya, dia dimaklumkan salah seorang daripada mangsa dicederakan oleh alat renjatan elektrik oleh sindiket selepas di tangkap kerana cuba melarikan diri.

“Mangsa cuba lari dari kawasan kurungan sindiket untuk memohon bantuan dengan orang awam namun, ia disedari oleh kumpulan sindiket itu.

“Selepas kejadian itu, semua mangsa diberi amaran tindakan lebih keras oleh sindiket jika cuba melarikan diri dari kurungan berkenaan,” jelasnya.

Katanya, dia dimaklumkan bahawa mangsa dikawal ketat oleh ahli sindiket yang menggunakan senjata api malah, mangsa juga tidak disediakan tempat tinggal selesa dan makanan mencukupi.

Heng berkata, pihaknya membuat siasatan mengenai mangsa sejak Januari lalu selepas menerima aduan dari seorang kakak mangsa.

Menurutnya, pihaknya juga bekerjasama dengan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) bagi mengesan koordinat bangunan berserta gambar bangunan didiami mangsa. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI