fbpx

Lewis Hamilton di Ampang kejutkan peminat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lewis Hamilton bersama George Russel di stesen petrol Petronas Penchala Link, semalam

KUALA LUMPUR- Kehadiran juara dunia tujuh kali Formula 1, Sir Lewis Hamilton telah mengejutkan orang ramai apabila dilihat di salah satu stesen minyak di ibu kota, semalam.

Pemandu dari Britain itu membuat peminat sukan permotoran Formula 1 di Malaysia teruja apabila memuat naik gambar Menara Berkembar  Petronas di Instagram miliknya sebagai bukti berada di Malaysia.

Ramai yang tidak menyangka kehadiran juara dunia itu ke Malaysia kerana beliau baru sahaja menghabiskan GP Australia pada Ahad lalu.

Melalui satu perkongsian di Twitter, rata-rata orang memberikan reaksi yang positif apabila melihat Lewis menggunakan kerusi plastik yang sangat sinonim dan rapat dengan rakyat Malaysia.

“Lewis Hamilton duduk atas kerusi plastik di tengah-tengah stesen minyak di Ampang. Pengalaman Malaysia yang paling tulen,” tulis @_nsyakinah.

“Weh Lewis Hamilton dengan Nico Rosberg dekat Petronas Ampang!” komen @nqmrina.

“Tidak pernah seumur hidup saya terbayang melihat Sir Lewis Hamilton, juara dunia 7 kali, di stesen minyak Petronas di AMPANG,” ujar @aimanhxzm.

Dilaporkan jaguh Formula 1 itu tidak keseorangan apabila rakan seperjuangnya yang baru dari pasukan Mercedes, George Russell juga turut serta. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI