fbpx

Korban Ribut Tropika Megi meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Pengawal Pantai Filipina memindahkan penduduk dari kediaman mereka yang dinaiki air di bandar Panitan selepas Ribut Tropika Megi membawa hujan lebat ke kawasan itu. - AFP

MANILA – Pasukan penyelamat yang berdepan halangan lumpur dan hujan, meneruskan usaha mencari mangsa terselamat dalam bencana tanah runtuh yang menimpa beberapa buah kampung di tengah Filipina hari ini ketika korban ribut tropika Megi meningkat kepada 28 orang.

Lebih 17,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka apabila Megi membadai kawasan yang cenderung ditimpa bencana itu sejak beberapa hari lalu. Ribut itu menyebabkan banyak kediaman tenggelam, jalan raya rosak, manakala bekalan elektrik juga terputus.

Sekurang-kurangnya 22 orang terbunuh dan 27 yang lain hilang selepas tanah runtuh menimbus beberapa buah kampung di Leyte iaitu wilayah paling teruk dilanda ribut Megi. Lebih 100 orang cedera dalam bencana itu.

Tiga orang turut terkorban di wilayah Negros Oriental, tengah Filipina dan tiga yang lain di pulau Mindanao, demikian menurut agensi bencana nasional.

“Sekarang sepatutnya cuaca panas tetapi perubahan iklim mungkin mengubahnya,” kata pegawai maklumat awam Bandar Baybay di Leyte, Marissa Miguel Cano.

Rakaman dron yang dikongsikan di Facebook dan disahkan oleh agensi berita AFP menunjukkan lapisan lumpur yang mengalir turun dari kawasan bukit dipenuhi tanaman kelapa, telah menimbus Bunga iaitu antara sebilangan kampung yang terjejas. 

Sekurang-kurangnya seorang penduduk terkorban dan 21 yang lain hilang di kampung tersebut.

Marissa berkata, rantau berbukit itu yang menjadi kawasan penanaman padi, kelapa dan jagung, cenderung dilanda tanah runtuh tetapi pada skala kecil dan tidak menyebabkan kematian. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI